Latar belakang


Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 2010. Ia merupakan sebuah syarikat yang dibangunkan secara kerjasama dua individu iaitu Tuan Haji Abd Malek Faisal dan En. Shaikh Markhzan Jalani.
Turut terlibat di dalam membangunkan syarikat ini ialah Ustaz Amanullah Mahamood, Ustaz Mohd Zahir, Ustaz Wan Muhammad dan Ustaz Ahmad Solahuddin.
Kami sedang berusaha untuk memperkenalkan produk yang berasaskan amalan dan pemakanan sunnah, seperti kapsul minyak habbatus sauda, kapsul minyak zaitun dan spray minyak zaitun (olive spray).
Walaupun pada asalnya matalamat kami ialah untuk berusaha memperbanyakkan lagi produk makanan halal di Malaysia dengan mengimprt produk makanan halal dari luar negara seperti produk makanan dari Syria, Mesir, Turkey dan Pattani.
Namun begitu, buat masa sekarang ini operasi syarikat masih tertumpu kepada beberapa produk yang sudah siap dan sedang memasuki pasaran seperti kapsul habbatus sauda, kapsul minyak zaitun, extra virgin olive oil dan olive spray.